Friday 4 September 2015

CBLLLLLLLLLLLLL !!!!! CBL(Chemerong Berembun Langsir)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.

Mr legolas bersama 20 Dwarf nak gi menuju ke Erabor, tempat Orkenstone hilang kat dalam istana yang dikawal naga jahat.! hahaha. *terbawak kisah The Hobbit lak. (lineup CBL 1-3/9/2015)


Semoga semua dalam keadaan sihat sihat je. Kali ni nak share pengalaman gi hiking ke CBL sepanjang tiga hari dua malam, 1 september 2015-3 september 2015. Ikutkan plan asal nak mendaki 29 ogos sampai 1 september sebab nak celebrate merdeka kat atas gunung sana. Tapi sebab tak dapat permit, terpaksa la tunda. Sebenarnya aku pun tak ada plan langsung nak gi mendaki sebab aku nak buat solo trip ke Pulau Perhentian sebelum semester baru start pluss aku last buat benda benda gini empat lima bulan yang lepas, pastu tak jogging, tak exercise tak buat apa apa. Stamina mana stamina? Tapi gitu lah, lain pulak ceritanya. Haha.

Ramai tanya aku CBL ni apa sebenarnya. Sooo, meh dengar meh nak cerita ni. CBL ringkasan dari tiga perkataan iaitu Chemerong Berembun Langsir bagi mengelakkan orang ramai berbuih mulut nak sebut nama CBL yang panjang tu. Haha. CBL ni terletak kat Dungun, Terengganu. Tak jauh pun dari Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS)
Trip ke CBL kali ni disertai seramai 21 orang. Diorang berkonvoi dari KL lepas berkumpul kat tangga besar UIA and aku yang memang dah ada kat Terengganu ni naik bas je dari Kuala Berang pergi Bandar AMBS.

Day 1
Lepas siap solat subuh and breakfast, kami semua berkumpul kat kawasan masjid AMBS untuk mengagihkan barang barang ration. Beras, sardine, megi semua semua tu lah. Tapi tiba tiba arang lak lupa nak beli, acanne tu haa nak bakau ayam buat BBQ kat atas sana. So, nak taknak terpaksa start mendaki lambat sikit. Ikut plan pukul 8 tu dah start mendaki tapi terpaksa lewatkan sikit ke pukul 10 sebab tunggu kedai bukak. Mula mendaki trek clear sebab ada jalan berbatu or bersimen anddddd kitorang sesat kat simpang pertama jalan bersimen tu. Hahahaha. Dia patutnya kena jalan terus je. Emm mm mm. lepas dari trek tu baru korang akan jumpa jalan hutan, dah agak mencanak kot.! Jalan jalan jalan, korang akan jumpa Air Terjun Chemerong. Tertinggi di Asia Tenggara katanya. Korang check balik lah betul ke tak faktanya tu. Haha. Layan gambar kat Chemerong dulu.


abam payung sikittt


Air dia jernih weh
Nak amik gambar kat sini korang kena jalan sikit ah. tapi seriously lawaa

Dah sejam lepak kat situ, kitorang pun teruskan perjalanan naik ke Gunung Berembun. Jalan dia mak aihhhhh, kompem tercabut lutut kalau lutut korang dah tak ori. Hahaha. Sumpah mencanak, wa tak tipu beb. Nanti korang akan jumpa satu bukit nama dia “Bukit Taubat”. Saat tu korang akan rasa macam nak tobat dah, takmau dah panjat cbl sebab trek dia ni. Hahahah. Korang gak akan jumpa checkpoint checkpoint berehat macam Kem Balak and Kem Y.

Moga taubatku diterima. kah kah kah. korang lalu lah dulu, baru tahu nak taubat ke tak. hahah


Pukul 10.15 malam. Akhirnya jumpa jugak puncak berembun. Tapi sebelum tu korang akan lalu taman bonsai, mesti lawa amik gambar kalau siang hari.

yeayyy, di puncak katanya. hoho

Lepas berehat jap kat puncak berembun, kitorang teruskan perjalanan ke Langsir. Campsite nya kat situ sebab kat puncak berembun tu tak ada bekalan air. Dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 kami semua sampai ke Langsir. Penat woiii korang tahu tak. Then semua setup kan fly, khemah untuk gegirl and dapur untuk BBQ and nasik goreng. Pukul 4 baru aku boleh tido tau. Haha

Day 2

Dah tidur pukul 4, subuh pun gajah lerrr, pukul 6.40 baru aku bangun untuk solat subuh. Yang hebatnya boleh termenung depan air sebab sejuk gila gila airnya pun aduii. Haha. Dah subuh, terus amik sleeping bag baring kat atas batu batu sambil tengok sunrise. Sepanjang hari kedua ni, aktiviti bebas je. So, kerja kami semua tidur, makan, bangun tidur, mandi, makan, makan, makan, mandi, tidur, makan, mandi lagi. Kecut satu badan. Air terjun nya lawa seyyy.! Hilang abes penat mendaki semalamnya. Hahah. Layan gambar duluuu.

sunrise hari kedua. tu abam la tu yang berbungkus tu haa.
ayorr terjun langsir. campsite kami kat atas bukit sana.


aku pandai berenang ye, harap maklungg. *nampak cetek tapi dalam*

Day 3
Aku bangun awal gila pagi ni, sejuk pun satu hal sebab kami semua pakat pakat tidur atas batu tepi air terjun tu haa, layannn je dengan bunyi air, angina, fuhhh macam nak pergi lagi je ni tapi dengan helicopter lah. Hahahah. Maka beramai ramailah kami semua duduk atas bat utu tunggu sunrise, tapi hampaa. Kabus teball. Kesian bagi yang tak tengok sunrise semalam sebab layan mata yang ngantuk tu. Haha *nasib baik aku sempat tengok* hahah

sebab bangun awal sangat, kacau orang tido je la kerjanya. haha
duk beratur tunggu matahari keluar. haha

takdak matahari? jangan risau, kita selfie duluuu.

Then semua pack barang masing masing sebab katanya nak gerak awal. Tapi kelaut jugak akhirnya. Hahaha. Breakfast pun siap lambat sebab tunggu sang mentari yang tak bangun bangun tu haa. Haha.

menyibuk kat dapurrr. haha


 iwan suruh tukar caption *entah entah hepi dengan caption aku yang sebelum ni* hahaha
bekpest last kat CBL.!
Dalam perjalanan turun, kami semua mandi di Sungai Bangan atau orang biasanya akan baca guna loghat ganu iaitu Sungai Bangang. hahahaha. selain tu sungai ni ada nama lain iaitu Sungai Balu. mana mana lah, air dia jernih n biru kehijauan kot.!!

dayah n sayyid @ sungai bangan
jernih kan jernih kan. 
Iwan kuun penyebar kebahagiaan. hahah

Alhamdulillah semua selamat turun. aku sampai bawah dalam pukul 5. paling last turun malam gak ah tapi aku tak boleh stay tunggu since peguam bella and accountant Kimi kerja esoknya. terus kena shoot balik KL. apa pun, Syukur, Subhanallah atas kebesaran alam ciptaan-Nya. Indah.!

terima kasih semua. maaf terkurang tersilap sepanjang trip kali ni. nanti aku update and edit balik post ni lepas senang senang sikit. penat semalam tak habis lagi. esok aku balik campus sebab lusa sem baru dah nak start.!

nah layan gambar gambar yang ada dalam koleksi. babai, Assalamualaikum. terima kasih sudi baca.

Munzir a.k.a jay pilot yang ada semua benda.! haha

dengan dak dak UITM Shah Alam.

babai Langsir.!
abam azli belanja selfie ni haa
rehat sat



campsite kami