Monday 1 December 2014

Assignment Vs Bersenang-senang

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Lama tak menulis.. sibuk yang teramat dan menulis dalam kesibukan sebenarnya ni.. sobs sobs.. pluss stressssss.. Allahu.. kesian kat abam yoe.. haha.. Macam biasa la, harap kalau sesiapa yang sudi baca coretan entah apa apa saya ini, saya doakan anda sihat sejahtera.. aminnnn..:)



Okey, situasinya.. Family ajak anda outing.. tapi assignment tengah melambai lambai macam daun dan pelepah kelapa ditiup angin pantai.. sekali tengok tergoda dek alunannya, tapi hakikatnya stress..! pilihan yang sukar bukan? family ke assignment.. family kot.. assignment kot.. entah yang mana entah.. haha

Sebenarnya takde masalah pun kalau nak pergi mana-mana even assignment bertimbun pun. Nak keluar dengan family ke, nak pergi tengok wayang sampai lebam ke, nak pergi London ke, mana-mana lah, cuma pastikan anda mampu siapkan tugasan yang diberi "on time".. tambah tambah lagi kalau tu assignment berkumpulan. serious, bab assignment kumpulan ni jangan main main beb. sebabnya, orang lain ada kerja diorang sendiri. mungkin lagi banyak kerja dari kita ni.. jangan sebab kita, kerja orang lain tergendala..!

solusi? saya cadangkan supaya anda semua siapkan assignment anda paling kurang dua minggu sebelum submission date.. senang, tak terkejar-kejar.. tapi ye la, kalau kita sorang je yang siapkan awal, tak jadi jugak sebenarnya. sebab tu saya tulis entry ni.. sebab nak bagitau yang, ayuhlah semua siapkan assignment lebih awal dari submission date..! rasanya mesej yang saya nak sampaikan ni terang dan jelas kan? haha.


Mesti ada yang tanya, rajinnya tulis entry pasal isu ni? rajin la sebab benda ni wajib dialami oleh manusia yang bernama "University student" atau "pelajar universiti" kott.. sebenarnya memang akan ada bermacam gaya manusia kalau dalam group assignment ni. ada yang jenis tak pernah participate,ada yang jenis blurr duapuluhempat jam, ada yang jenis senyap tapi tahu-tahu kerja yang diberi dah settle.. banyak lagi sebenarnya.. haha.. pluss rajin tulis entry ni sebab saya pun baru terkena.. habis terganggu dan terencat perancangan Abam yoe malam ni.. sobs sobs.. sebab part saya tu dah siap 2 minggu lepas kot.. serius tak tipu.. ingatkan semalam nak compile pagi tadi hantar.. tapi lain ceritanya.. haha.. tapi takpe lah, assignment pun dah siap dihantar dalam pukul 10 tadi.. Alhamdulillah.. tutup kes..! :)

Alhamdulillah..^^


p/s: doakan abam yoe.. "Campus life" semester ni terumbang ambing sikit.. tak se"stabil" semester lepas.. haha

lagi satu, kalau sesiapa yang pandai tukar font bagitau ye.. bosan jee abam yoe tengok font ni.. haha

selamat malam.. saya doakan anda sentiasa berada dibawah naungan Sang Pencipta.. ameen.. Assalamualaikum..:)

-Amirul Asyraf-
2.00 a.m
1 December 2014

#StudentLife #CampusLife #UIAM #IIUM #KauIngatNiApaNakHashtagHashtag