Saturday 10 January 2015

Little Caliph Project

Bismillahirrahmanirrahim...Yeayyyyyyyyy, Alhamdulillah akhirnya final examination semester ni dah habis. Dua tahun beb wa exam, start 2014 habis 2015. hahaha. So, this will be my very first post for 2015.! I think it is not too late to wish happy new year guyssss. Moga kita berubah ke arah yang lebih baik setiap tahun, setiap hari, setiap detik dan setiap masa. Insyaallah. selamat membaca.!


haaaa, so entry kali ni untuk cerita sedikit pengalaman sepanjang join Little Caliph Project(LCP). sebenarnya dah dua semester join. LCP frasa pertama masa semester 1 dan LCP 2.0 semester ni, semester ke-2 aku jadi student degree. Soalannya, sebenarnya "Little Caliph Project" ni apa? lekkk, kita cerita slow slow. haha
gambar time tuisyen yawww.
LCP ni sebenarnya satu "tuisyen rakyat" yang bergerak dibawah COMRADE IIUM. Cuma kalau biasa kita dengar tuisyen rakyat ni untuk golongan golongan gelandangan di mana mana kawasan di ibu kota, tapi fokus kami untuk anak anak orang asli. chisss, kenapa orang asli? sebab COMRADE IIUM ni memang nature dan tujuan penubuhan dia untuk orang asli. Lagi satu, ingat orang bandar je nak belajar? Ingat ilmu ni untuk orang orang yang well developed je? *tiba tiba ter emo* haha

Fardhu Ain class, ni hari last and slot last sebelum balik.
modul LCP lebih memberi tumpuan kepada subjek subjek teras dan kritikal macam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Fardhu Ain. Sasaran kami pula kepada anak anak orang kampung yang akan sedang belajar di sekolah rendah dan yang akan menduduki UPSR.*sebenarnya kami still masuk mengajar even diorang dah habis UPSR pun*.

Pihak komiti telah memilih kampung Teji, Abu dan Senangkar untuk dijadikan kampung angkat untuk project ini. Tapi untuk LCP 2.0 kampung Susu juga termasuk dalam kampung yang akan diajar. Kampung kampung ni semuanya terletak di Cameron Highland and setiap dua minggu sekali, team LCP akan masuk mengajar di sana. Dana pula untuk LCP 2.0 ditaja oleh pihak Khind Starfish Foundation sebanyak 10K. Terima kasih khind startfish foundation.! moga terus berbakti.:) manakala LCP siri pertama ditanggung sendiri oleh COMRADE IIUM.


muka chekgu chekgu Kampung senangkar. ^^
So, macam LCP pertama, LCP 2.0 juga saya ditempatkan di Kampung Senangkar. bestt giler adik adik kampung sana. sporting habis wa cakap lu. ada sorang tu nama dia Zizul siap lukis gambar saya tau. nak snap gambar and upload sini, tapi lupa letak mana gambar tuuu. sobs sobs. saya yang berjiwa nature ni macam feeling habis la sebab duk mengajar bawah pokok sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa. syokk kot. haha

Kak ecah ajar Madero sifir rasanya ni, bijak budaknya. cepat tangkap kalau diajar.
Apa yang best dengan LCP ni bila kita boleh tolong orang yang memerlukan tambah tambah lagi yang memang kurang dibantu oleh masyarakat luar. Mereka pun mahu belajar, mereka pun mahukan dan perlukan ilmu. jadi, apa salahnya kita turun membantu sekadar termampu kan? modalnya air liur jeee. daripada duk membazir air liur dari bersembang pasal apa apa yang tak penting, baik menyumbang. nanti ada juga modal nak masuk syurga kan? tak gittew? haha

Ni pulak gambar team Senangkar nak pergi kampung Abu, nak melawat Library bari siap sebelum balik uia.! haha

dah sampai.! ni gambar librarynya. haha. Tahniah team library.!
Ada orang tanya saya, kau tak rasa ke budaya diorang akan terganggu ke sebab korang? nanti mesti anak anak orang asli ni dah taknak masuk hutan sara keluarga dan macam macam lah. jawab saya, "aku cuma mengajar untuk mereka menghadapi masa depan. sampai bila kau akan rasa diorang boleh bergantung harap dengan sumber hutan ni? dah makin banyak hutan hutan digondolkan, pembalakkan, sumber hutan makin berkurangan. nak tunggu dah terhantuk baru nak tergadah?"


adik adik senangkar, yang lain taknak masuk. Zizul yang saya cerita tadi ada belakang saya tu.! :D
awww, chomelnyaa. kiki
nak fefeeling sikit pun tak boleh kee :ppp

Tu je lah kot untuk entry kali ni. Moga adik adik di sana berjaya. panjang umur ketemu lagi. insyaallah. aminn.:)