Monday 21 April 2014

Mereka.. semoga berjaya..:)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, bertambah lagi satu entri dalam blog yang sudah berdebu lipis ni. Haha. :D coretan yang agak panjang rasanya. Apa-apa pun selamat membaca buat yang sudi..:D

Semua peserta dan fasilitator yang terlibat..

Sebenarnya tulisan kali ini sekadar untuk berkongsi secebis pengalaman sepanjang berprogram di asrama SMKSAS, Cameron Highland. Program dibawah kelolaan COMRADE IIUM untuk meningkatkan jati diri anak-anak orang asli yang menetap di asrama ini. Errr, sebenarnya ada je Melayu yang tinggal di asrama ini cuma mereka merupakan golongan minoriti di sini.

Bertolak dari bumi UIA sekitar pukul 4 petang dan sampai sekitar pukul 8.40 malam. Perjalanan yang agak panjang dan penuh liku. Penuh liku kerana ada dalam kalangan kami yang muntah dek jalan yang penuh selekoh dan menegak. Sesampai di sana, tiada sambutan yang istimewa diterima kerana kelihatan adik-adik penghuni asrama sibuk bermain. Ada juga yang saya lihat sedang membersihkan tandas. Tapi tidak mengapa kerana bukan sambutan yang istimewa kami inginkan. Hanya tuan penyelia asrama yang sibuk menerima kunjungan kami. Cuaca di sana sejuk..! Nak berwudhuk pun kami gunakan "water heater" tau.. baju sejuk memang menjadi peneman setia kami di sana.. haha



Sepanjang 3 hari di sana, fokus penekanan yang kami berikan kepada semua pelajar melayu mahupun anak orang asli adalah mengenai motivasi diri dan teknik untuk belajar dengan betul termasuk tuisyen dan cara membuat nota eg:mind map. Juga penekanan supaya pelajar daripada kalangan anak-anak orang asli lebih berani untuk tampil kehadapan. Bukan untuk mendiskriminasikan pelajar melayu, tetapi bagi saya mereka a.k.a anak melayu yang minoriti ini sudah cukup berani untuk tampil kehadapan.

slot tuisyen

Kami menggunakan konsep 2 orang fasilitator untuk satu kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 9 hingga 11 orang ahli seperti yang telah ditetapkan oleh pihak committee. Saya bergandingan dengan seorang senior, kak mai dari kuliyyah yang sama dengan saya untuk menyelia dan membantu adik-adik pelajar dari kumpulan 9 atau nama kumpulan kami ialah "comodo dragon". Nice to cooperate with them even there was some challenges like lack of attention and language barrier. Tapi benda boleh settle kan. Haha.. only two malays, (farif/abg chik,syikin) in my group and the rest are orang asli(Nia, sila, ira, yanie, eliz, ruddy, maidan).

Bergandingan dengan beliau, Kak Mai.. abaikan name tag senget tu.. haha



Ahli kumpulan Comodo Dragon.. bestt.. terbaikk..:D

Sayu juga hati untuk meninggalkan asrama SMKSAS ini ketika tali keakraban sudah menunjukkan pucuk. Ditambah dengan adik kecil bernama "Maidan" menangis semasa sesi bersalaman sebelum kami pulang,"Ruddy" pula 2,3 kali datang bersalam dengan saya dan telatah "kumpulan anak melayu minoriti" yang berkali-kali berharap kunjungan dari pihak kami tiba lagi. Insyaallah, panjang umur ketemu lagi ye..:)

Ruddy dan Maidan


Afiq, syukur, abam yoe, abg chik, hamzah, syed, kimi.

Semuanya berjalan lancar di pihak fasilitator, mungkin juga di pihak committee kot. Dapat juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru dari kos lain. And the most important thing is pengalaman dan memori sepanjang berprogram. Moga bermanfaat..:)

Kepada adik-adik peserta(kalau ada yang baca la), moga apa yang disampaikan oleh pihak kami, abang-abang dan kakak-kakak sedikit sebanyak mampu untuk menolong adik-adik semua berjaya mengapai cita-cita yang diimpi. Kami doakan dan kami semua menanti kejayaan anda semua..:)

Kengkawan baru... terbaekk kot diorang ni..:D

Moga abg chik berjaya.. belajar rajin-rajin and badge abg tu jgn hilangkan.. haha..

* p/s :-Sejujurnya pada pandangan saya, usaha ini wajar diteruskan oleh pihak-pihak lain terutama daripada kelompok mahasiswa daripada mana-mana universiti kerana mereka memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dalam bermacam aspek terutamanya dari sudut akademik. Mereka minat untuk belajar, cuma kekurangan sumber untuk meminta bantuan. Tempat kita bukan hanya di perpustakaan tapi untuk berbakti kepada masyarakat..*ceh.. ayat.. haha

Sekian coretan untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca.. *next week kampung husin.. kak mida ajak.. semoga apa yang ditanam di dunia ini mampu dituai di alam yang sana, alam yang kekal..:)