Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.
|
Mr legolas bersama 20 Dwarf nak gi menuju ke Erabor, tempat Orkenstone hilang kat dalam istana yang dikawal naga jahat.! hahaha. *terbawak kisah The Hobbit lak. (lineup CBL 1-3/9/2015) |
Semoga semua dalam keadaan sihat sihat je. Kali ni nak share
pengalaman gi hiking ke CBL sepanjang tiga hari dua malam, 1 september 2015-3
september 2015. Ikutkan plan asal nak mendaki 29 ogos sampai 1 september sebab
nak celebrate merdeka kat atas gunung sana. Tapi sebab tak dapat permit,
terpaksa la tunda. Sebenarnya aku pun tak ada plan langsung nak gi mendaki
sebab aku nak buat solo trip ke Pulau Perhentian sebelum semester baru start
pluss aku last buat benda benda gini empat lima bulan yang lepas, pastu tak
jogging, tak exercise tak buat apa apa. Stamina mana stamina? Tapi gitu lah,
lain pulak ceritanya. Haha.
Ramai tanya aku CBL ni apa sebenarnya. Sooo, meh dengar
meh nak cerita ni. CBL ringkasan dari tiga perkataan iaitu Chemerong Berembun
Langsir bagi mengelakkan orang ramai berbuih mulut nak sebut nama CBL yang
panjang tu. Haha. CBL ni terletak kat Dungun, Terengganu. Tak jauh pun dari
Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS)
Trip ke CBL kali ni disertai seramai 21 orang. Diorang
berkonvoi dari KL lepas berkumpul kat tangga besar UIA and aku yang memang dah
ada kat Terengganu ni naik bas je dari Kuala Berang pergi Bandar AMBS.
Day 1
Lepas siap solat subuh and breakfast, kami semua berkumpul
kat kawasan masjid AMBS untuk mengagihkan barang barang ration. Beras, sardine,
megi semua semua tu lah. Tapi tiba tiba arang lak lupa nak beli, acanne tu haa
nak bakau ayam buat BBQ kat atas sana. So, nak taknak terpaksa start mendaki
lambat sikit. Ikut plan pukul 8 tu dah start mendaki tapi terpaksa lewatkan
sikit ke pukul 10 sebab tunggu kedai bukak. Mula mendaki trek clear sebab ada
jalan berbatu or bersimen anddddd kitorang sesat kat simpang pertama jalan
bersimen tu. Hahahaha. Dia patutnya kena jalan terus je. Emm mm mm. lepas dari
trek tu baru korang akan jumpa jalan hutan, dah agak mencanak kot.! Jalan jalan
jalan, korang akan jumpa Air Terjun Chemerong. Tertinggi di Asia Tenggara
katanya. Korang check balik lah betul ke tak faktanya tu. Haha. Layan gambar
kat Chemerong dulu.
|
abam payung sikittt |
|
Air dia jernih weh |
|
Nak amik gambar kat sini korang kena jalan sikit ah. tapi seriously lawaa |
Dah sejam lepak kat situ, kitorang pun teruskan perjalanan
naik ke Gunung Berembun. Jalan dia mak aihhhhh, kompem tercabut lutut kalau
lutut korang dah tak ori. Hahaha. Sumpah mencanak, wa tak tipu beb. Nanti korang
akan jumpa satu bukit nama dia “Bukit Taubat”. Saat tu korang akan rasa macam
nak tobat dah, takmau dah panjat cbl sebab trek dia ni. Hahahah. Korang gak
akan jumpa checkpoint checkpoint berehat macam Kem Balak and Kem Y.
|
Moga taubatku diterima. kah kah kah. korang lalu lah dulu, baru tahu nak taubat ke tak. hahah |
Pukul 10.15 malam. Akhirnya jumpa jugak puncak berembun. Tapi
sebelum tu korang akan lalu taman bonsai, mesti lawa amik gambar kalau siang
hari.
|
yeayyy, di puncak katanya. hoho |
Lepas berehat jap kat puncak berembun, kitorang teruskan
perjalanan ke Langsir. Campsite nya kat situ sebab kat puncak berembun tu tak
ada bekalan air. Dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 kami semua sampai ke
Langsir. Penat woiii korang tahu tak. Then semua setup kan fly, khemah untuk
gegirl and dapur untuk BBQ and nasik goreng. Pukul 4 baru aku boleh tido tau. Haha
Day 2
Dah tidur pukul 4, subuh pun gajah lerrr, pukul 6.40 baru
aku bangun untuk solat subuh. Yang hebatnya boleh termenung depan air sebab sejuk
gila gila airnya pun aduii. Haha. Dah subuh, terus amik sleeping bag baring kat
atas batu batu sambil tengok sunrise. Sepanjang hari kedua ni, aktiviti bebas
je. So, kerja kami semua tidur, makan, bangun tidur, mandi, makan, makan,
makan, mandi, tidur, makan, mandi lagi. Kecut satu badan. Air terjun nya lawa
seyyy.! Hilang abes penat mendaki semalamnya. Hahah. Layan gambar duluuu.
|
sunrise hari kedua. tu abam la tu yang berbungkus tu haa. |
|
ayorr terjun langsir. campsite kami kat atas bukit sana. |
|
aku pandai berenang ye, harap maklungg. *nampak cetek tapi dalam* |
Day 3
Padu yoe..huu bloger ghupenyee
ReplyDeletePadu yoe..huu bloger ghupenyee
ReplyDeletehahaha. dok ariff dok. jarang jarang gini je la post nye pun
DeletePaduuu CBL..adaa kisahh hantuu??
ReplyDeleteaaaaaa. tak tahuu sebab antara yang terawal sampai bawah. yang sampai bawah malam mungkin ada cerita nya. haha
DeleteNak cita hantu plis
ReplyDeleteakak gatorade*gitu kot ejanya* hahaha. takde laa. emmm
DeleteNaik bas diturunkan kat mana? Bandar ambs ka? Lepastu macam mana nak pergi kaki gunung kalau turun bas?
Delete