Saturday 29 March 2014

Imam Dan Makmum..

Assalamualaikum,

Yeayy, update lagi..:D kredit kepada Adib atas dorongan..haha.. siapa adib? Errrr, Hamba Allah yang baik dan dia handsome orangnya.. haha.. apa-apa pun selamat membaca.. semoga bermanfaat..:)





"Kehadapan bakal makmum ku.. aku akan menunggu walau siapa pun kamu" 

"Kepada pemilik tulang rusuk ku... moga kamu sihat sejahtera"

Sebenarnya, setiap hari status-status facebook seumpama ini muncul, dan saya akan tergelak kecil ketika membacanya.Tergelak kerana kebanyakkan status - status ini ditulis oleh adik-adik yang masih dibangku persekolahan dan disulami ayat-ayat manis dan jiwang yg lain..

Ini tidak termasuk dengan status versi 'hardcore' macam... "saya sayang awak sangat-2".. "jangan tinggalkan saya, tanpa awak saya tidak boleh hidup" dan macam-macam lagi la.. perghh.. korang punya ayat...! Sebelum ni korang hidup boleh je.. "imam/makmum" tu ke yang kasi oksigen untuk korang bernafas?? Haha

Ehh.. Tidak, saya tidak mahu meletakkan hukum status-status tersebut haram ke, makruh ke,sunat ke.. sebab saya bukan pak ostaz pun.. haha..

Cuma nasihat saya buat adik-adik, juga buat diri sendiri yang sering alpa, kejarlah cinta Tuhan, Cinta Ibu Bapa dan cita-cita sebelum mengejar cinta manusia yang belum tentu menjadi milik kita. Bila tiba masanya, Insyaallah akan bertemu juga jodohnya. Bukankah jodoh pertemuan, ajal maut itu ditangan Allah? Percayalah bahawa janji Allah itu pasti.. Insyaallah..:)



P/s: -

-ada je kengkawan seangkatan yang dah kawin.. tapi takde pulak diorang update status pasal cintan-cintun ni..hehe

- Kalau tak puas hati or ada cadangan pasal blog ni, jemput la komen ye.. saya okey,saya dah besar.. tak marah punya la..:D

2 comments:

  1. Salam.. adib yg mana, prof?.. nice post.. truskan berdakwah whai sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adib yang mana entahh.. haha.. insyaallah dib.. doakan..:)

      Delete