Friday 28 March 2014

Kerja dan Belajar.. Ayuh Tajdid niat..:D

Assalamualaikum... sebenarnya tulisan kali ini adalah "status facebook" yang saya tulis pada tahun lepas, tahun 2013. Cuma "kopi pasta" dan sedikit olahan kedalam bentuk blog.. apa-apa pun, selamat membaca semua..:)

sekadar coretan buat tatapan adik-adik,kakak-kakak,abang-abang dan buat diriku yang sering alpa...:)

AYUH TAJDID NIAT DALAM BELAJAR..:D



Sedar atau tidak,seringkali kita selaku pelajar-pelajar di"momok"kan oleh alam pekerjaan.. seolah-olah kita disuntik oleh satu doktrin yang mengatakan "Nak berjaya kena dapat 4 flat".. "Soft skills kena mantap"..! "Kena pandai bergaya", "kena dapat banyak A SPM" dan macam-macam lagi la.

Baiklah,ayuh kita bedah satu persatu.. Yang mengatakan nak kerja gaji tinggi kena dapat CGPA yg cemerlang,soft skills kena mantap dan sebagainya adalah cetusan idea daripada kompani-kompani antarabangsa juga syarikat-syarikat besar yang berpengaruh.. Implikasinya apa?? Implikasinya ramai yang takut tidak mendapat pekerjaan dan belajar bersungguh-sungguh demi mencari pekerjaan.. ya,BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENDAPATKAN PEKERJAAN..! mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa ramai yang bertanya.. "Dah abes belajar nanti nak jadi apa?".. "Kau amik kos nie boleh kerja apa je?". Sama senarionya yang berlaku di sekolah," kau amik aliran perakaunan ni apa je kau boleh jadi", "cehh, amik aliran sastera, tak mencabar langsung.!"

Sebenarnya, apa yang diajar oleh Islam adalah "Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap muslim(ibnu majah)" dan tak dilupa juga, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk sekalian umat manusia adalah "Iqra" yang bermaksud "Bacalah.!". disebaliknya tersirat makna menyuruh umat islam menuntut ilmu. Tidak lupa juga ajaran Islam supaya setiap perkara itu mestilah disertakan dengan niat Lillah ta'ala(kerana Allah), baru lah dapat pahala. Hadis Rasulullah s.a.w,"“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan...(riwayat bukhari)".

Tapi sayang, disebabkan oleh faktor "BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENDAPATKAN PEKERJAAN",ramai yang terlupa untuk menuntut ilmu Lillah Ta'ala, terlupa tujuan sebenar untuk belajar. Jika ditanya kepada kebanyakkan orang,"sebab apa kau masuk Universiti?". "Sbb apa belajar kos ini?".. mesti jawapannya sbb "Nak amik diploma/ijazah/master or PhD utk kerja bla.. bla.. bla.."

Ingat..! kerja apa,di mana tempat kita bekerja adalah urusan Allah. kita merancang dan Allah pun merancang. namun perancangan Allah adalah tetap yang terbaik.

Ya,betul kita perlu meletakkan sasaran tertentu untuk dijadikan "penanda aras" juga sebagai motivasi tetapi belajarlah kerana Allah di tempat pertama,letakkan cita-cita itu ditempat kedua. Yakinlah bahawa dengan kuasa Allah jua cita-cita tersebut mampu digapai.

Konklusi, betulkan kembali niat di hati kenapa kita belajar, demi ilmu dan Allah atau demi pekerjaan di hari mendatang? selamat merenung.! Jangan dilupa, rezeki kita di kemudian hari telah ditentukan Allah. yang penting kita berusaha disamping meletakkan pengharapan kepada Allah, Insyaallah. Saya tutup bicara kali ini dengan sebaris kalam Allah dari surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud "Apabila kamu telah berazam(berusaha), maka bertawakkallah kepada Allah". Jadi, ayuh kita hajatkan kejayaan dunia demi mencapai Redhanya. Insyaallah. Ameen.

usaha+doa+tawakkal= kejayaan..... Insyaallah.

p/s: belajar x semestinya dekat sekolah atau universiti je. dekat mana-mana pun kita boleh belajar.

Assalamualaikum, moga ketemu lagi.:D



*ada orang cakap apa yang saya tulis ni sekadar teori dan tidak mampu dipraktikkan pada zaman sekarang.. pandangan anda pula? Ayuh berdiskusi...:D

No comments:

Post a Comment